Masa gua cari gambar untuk gua sumbatkan dalam post gua kali ni, gua rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah takdirkan gua jadi manusia, bukan burung kakak tua, bukan siput sedut dan bukan gajah. Cukup sempurna sifat kita sebagai hamba yang hina ini. lu orang tengok lah apa jenis info gua carikan untuk bahan bacaan lu orang harini.
Seseorang akan lebih tinggi 1cm pada waktu pagi dan petang berbanding waktu malam. Ini adalah disebabkan lapisan tulang rawan pada bahagian sendi akan terbuka pada waktu siang.
Dianggarkan sebanyak 550 helai rambut pada bahagian bulu mata.
Kebanyakan zarah debu dirumah adalah hasil daripada kulit mati anda.
Seorang bayi lahir tanpa tempurung lutut. Ia akan mula terbentuk ketika mereka berusia 2-6 tahun.
Pada ketika ini, jumlah orang yang hidup adalah lebih banyak daripada orang yang telah mati.
Tubuh manusia lebih sesuai untuk tidur selama 4 jam 2 kali sehari berbanding daripada tidur lapan jam sekali sehari.
Dianggarkan janggut seorang lelaki mengandungi antara 7,000 hingga ke 15,000 helai rambut dan akan tumbuh sekitar 140 mm setiap tahun.
Rambut adalah 70 peratus lebih mudah untuk dipotong ketika direndam dalam air suam selama dua minit.
Tulang paling keras pada tubuh manusia adalah tulang rahang.
Diameter rambut wanita adalah separuh daripada diameter rambut lelaki.
Kaki adalah bahagian tubuh yang paling sering digigit oleh serangga.
Kuku yang paling cepat untuk tumbuh adalah kuku jari hantu.
Otot paling kuat pada tubuh manusia adalah lidah.
Manusia pertama kali dijangkiti virus HIV pada tahun 1930-an.
Tubuh anda menghasilkan dan membunuh 15 juta sel darah merah pada setiap saat.
Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
Secara purata, manusia menghasilkan 10,000 galon air liur sepanjang hidup mereka.
Jari paling sensitif untuk manusia adalah jari telunjuk.
Air kencing anda akan berwarna kuning cerah sekiranya banyak memakan ulam-ulaman.
Dianggarkan seseorang akan menelan sebanyak 295 kali ketika makan malam.
Seseorang dianggarkan bernafas 10 juta kali setahun.
Purata bayi akan lahir didunia adalah selang 7 saat.
Sekiranya makan terlalu kenyang, pendengaran anda akan semakin tidak jelas.
Tenaga yang dilepaskan sekiranya 1 billion orang melompat pada masa yang sama adalah dianggarkan separuh daripada tenaga nuclear.























No comments:
Post a Comment