Bacaan untuk 21 tahun dan keatas SAHAJA. bawah 21? lantak la lu nak baca ke tak.

untuk yang puasa penuh, gua ucapkan SELAMAT HARI RAYA.

untuk yang tak berapa nak penuh tu, gua ucapkan selamat ganti puasa. HAHA.

tajuk utama yang gua nak ketengahkan pada malam terakhir ramadhan edisi 2011 adalah,

"HATI-HATI pulang ke kampung halaman masing-masing sempena raya yang bakal menjelang tiba ESOK. PANDU CERMAT. INGATLAH ORANG TERSAYANG"

gua bukan apa, sebab kadang-kadang gua terfikir, musim perayaan yang sepatutnya kita sambut dengan mesra, hilai ketawa dan riang gembira sanak saudara TIBA TIBA bertukar sedih dan duka.

gua tau, lu orang ada sport car dan sport bike, tapi lu orang kena lah fikir fasal nyawa orang lain jugak. bukan setakat nyawa orang lain, tapi jugak nyawa lu serta KESEMUA perasaan kaum kerabat lu yang tunggu lu balik kampung tu. jadi janganlah bawak laju-laju, bawak biasa-biasa je dahlah. orang lain ada kereta canggih-canggih jugak tapi bawak relax je.




ni ha lagi satu, kalau jalan jem, jangan la guna lorong kecemasan. jangan lah cilok sana, cilok sini. kan buat orang menyumpah seranah lu.

kalau mengantuk? berhenti la sekejap dekat tepi jalan dan basuh muka pakai air mineral. kalau takde air mineral, hentian rehat kan banyak..

mari kita ambil 3 contoh ANDAI..

1. Lu eksiden, dan lu MATI atas kesilapan/kecuaian diri lu: Takkan fasal lu sorang mati, semua ahli keluarga dan sanak saudara lu nak kena bersedih? takkan fasal lu sorang mati, SEMUA kaum kerabat lu kena hukum sekali tak boleh karoake lagu raya SEMATA-MATA untuk bagi laluan penghormatan terakhir kat lu? INI TAK ADIL!


2. Lu eksiden, dan orang yang LU LANGGAR tu MATI atas kesilapan/kecuaian diri lu: Tak ke lu rasa serba salah dekat si mati dan seluruh kaum kerabat si mati? Lu tak rasa hidup lu akan trauma sepanjang hayat ke?

3. Lu eksiden, dan DUA-DUA PUN MATI (Lu mati, orang yang lu langgar pun mati sekali): ha, yang ni lu gabungkanlah no 1 dengan no 2 tu. tak larat gua nak taip panjang2. hehehe.

cara pemanduan gua? masa awal-awal gua dapat kereta dulu (tahun 2005 - lebih kurang 6 tahun lepas), gua bawak pun gila-gila jugak. tapi semenjak Allah bagi gua taufik dan hidayah(eceh!) dan akal yang lebih sikit untuk gua berfikir panjang dan rasional, gua memang bawak cermat dan steady.



Kesimpulan:

bagi mereka yang berumur 21 tahun dan keatas, gua rasa lu orang dah matang untuk buat keputusan. bukan hasil tangan gua menentukan hidup lu, pandai2 la lu orang guna akal yang dikurnia Allah untuk lu berfikir panjang dan bertindak matang.

bagi mereka yang bawah umur (hehehehe), lu anggap lah artikel gua ni sebagai satu nasihat untuk lu berhati-hati ketika memandu mahupun menunggang. jangan diikutkan rasa hati, takut badan binasa di tengah-tengah high way.

gua ni pun bukan lah baik sangat, alim pun tidak, semayang kadang-kadang tu miss jugak, tapi kalau setakat gua bagi pendapat dan nasihat sebagai seorang sahabat, kenape tidak kan?  :)

kepada yang terasa hati atas pandangan dan kritikan gua, gua mintak ampun dan maaf. tapi apa-apa pun, segala apa yang gua taip ni memang tidak ada kaitan samaada yang masih hidup mahupun yang telah kembali mengadap Illahi. omputih cakap, general discussion. hehe :D


10 jari gua susun, 
kalau tak cukup gua jugak, gua tambah lagi 10 jari kaki,
gua mohon ampun dan maaf jika selama ni gua terkasar bahasa kepada lu orang ke,
jugak halalkan makan minum gua,
kalau gua ada hutang dengan lu orang, jangan segan silu, sms je okay?

dikesempatan ini, gua ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua sahabat gua diseluruh pelusuk dunia tak kira lah di benua eropah, amerika mahupun asia.

Khas untuk semua pembaca setia melayutipikal.blogspot.com, terima kasih atas sokongan lu orang yang tidak berbelah bagi terutama dari Syaaquan, Harith, Uzzra, Syafiq, Daniel, Azim dan ramai lagi. Segala pandangan dan kritikan yang membina dari lu orang semua, gua ambil dengan hati dan tangan yang terbuka. yang baik datangnya dari Dia, dan yang buruk konfem-konfem lah dari gua. hehe.

SELAMAT BERAYA!

Jemput datang rumah beraya :)


p/s: okay lah, gua nak bersahur kejap. lepas tu gua nak terus tidur. Assalamualaikum



















No comments:

Post a Comment

Jemput! Buat macam rumah sendiri..