hello semua ;)

masa gua menaip nie, gua tengah melepak dengan kawan-kawan gua dekat Hayaki,KL.

pandai-pandai la lu orang search Hayaki tu kat celah mana.

oleh sebab gua pun dah lama tak lepak, jadi macam-macam cerita gua dengar dari kawan-kawan gua ni.

fuh..kalau gua taip sekarang, sampai subuh esok pun tak settle-settle typing gua.

tapi takpe lah, memandangkan gua dah lama tak update blog kesayangan gua ni;

biar lah gua cerita sedikit macam mana life gua sekarang.

hidup gua busy. 

gua pegi kerja 9 pagi. gua balik 9 malam.

nasib baik company gua kasi overtime claim. dapat mengumpul nak kawen.

ok, gua sekarang jadi wartawan. wartawan tv.

macam mana lu orang tengok karam singh walia, macam tu lah gua kerja.

cuma si karam singh tu TV3, gua ni TV9.

kerja gua sangat mencabar, tapi gua happy dengan apa gua buat sekarang.

gua berpeluang interview macam-macam orang. baik dari peringkat atasan sampai ke peringkat bawahan. 

macam-macam golongan gua dah menghadap;

antaranya PM, TPM dan bagi gua paling best bila gua dapat interview Tun Mahathir.

Tun Mahathir memang cool. selain bijak, dia memang intelligent. bijak menjawab soalan. damn cun.

gua respect dia.

cabaran?

nanti-nanti la gua sambung. takde idea nak sambung. haha.

okay lah gangster-gangster sekalian, gua nak sambung lepak.

sebelum tu mai usha-usha portfolio gua.






gua tau lu orang susah nak percaya, sebab gua nak bagitau yang gua dah kena slow blogging.gua dah kerja ni.

dalam kerja gua, gua kena taip betul-betul. dah tak boleh dah gua-lu-gua-lu dah lepas ni. kena proper.

okay gangster gangster sekalian. gua mintak diri dulu. Assalamualaikum.

VIDEO: Video Hina Hari Raya Aidilfitri


Berlatarbelakangkan takbir raya seruan kemenangan umat Islam berpuasa selama sebulan, lu berpakaian SEAKAN berbaju melayu, SEPERTI seorang Muslim, memberi kuih raya kepada anjing dan cara lu membasuh kaki seolah-olah sedang mengambil wudu'(air sembahyang), gua STRICTLY CONSIDER lu MENGHINA AGAMA GUA. 

GUA ni tak pernah racist. Gua ada ramai kawan Cina dan gua jugak ada ramai kawan India. Tapi apa yang gua tau, kawan-kawan gua yang berlainan agama boleh tahu hormat agama yang gua anuti sekarang, TAPI KENAPA LU TAK BOLEH?

NOTIS PEMBERITAHUAN.



gua rasa gua perlukan masa untuk gua berehat sekejap. gua offday menaip dalam sehari dua ni. tangan letih, otak pun jem takde idea nak tulis ape. kalau lu orang ada idea ke ape ke, jangan segan silu emailkan ke email gua di farithzahir@gmail.com atau inbox ke facebook.com/farithzahir. 


Fone number?
itu lu kena hadap awek gua dulu. hehehe. gurau je.

Kite jumpe lagi sehari dua! Tunggguuuuu.... :D

Assalamualaikum!

KOLEKSI KERETA MEWAH SULTAN JOHOR

DAULAT TUANKU


Entri kali ni, patik nak kongsi sedikit informasi tentang koleksi kereta/kenderaan kegemaran D.Y.M.M Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar merangkap Sultan Johor sekarang.


Video: Kreatif! Kelakar! Comel!

Gua bukak website ohBulan!, diorang pi share video dekat bawah ni. 

Ya Allah..gua rasa idea designer team untuk menyiapkan video ini adalah sangat-sangat kreatif, kelakar dan sangat comel!



Kalau lu tengah bergaduh dengan awek lu, lu kasik je video ni, mesti dia ketawa berdekah punya lah! HA-HA.


comel kan?


p/s: bila lu orang semua nak bagi gua duit raya??

Al-Fatihah.

"Sebanyak 38 wartawan asing termasuk seorang pekerja media dilaporkan terbunuh ketika membuat liputan krisis di Somalia sejak 1992"
Utusan Malaysia Online, 4 september 2011



Semalam, gua tengok berita. Berita tu cakap, Cameraman Bernama maut sebab kena tembak dengan askar dekat Somalia tu. 

Sebagai seorang bekas pelajar komunikasi dan media(Penyiaran), gua kagum dengan semangat Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang sanggup bergadai nyawa untuk batuan misi kemanusiaan kat Somalia. Mulia sungguh hati arwah.

Mula-mula masa gua dapat tau story ni, hati gua dupdap dupdap jugak..mau tak dupdap dupdap, kena tembak tuu..


TAPI! 

Semangat kental Allahyarham dalam bidang kewartawanan dan penyiaran ni membuatkan hati gua kuat untuk teruskan karier gua dalam bidang ni.


Semoga roh Allahyarham di tempatkan bersama dikalangan orang-orang yang beriman..
Al-Fatihah...





siapa influence gua?

Artikel ni gua tujukan kepada semua sidang pembaca.



soalan common yang most readers dok tanya gua, 

"Kenapa lu guna bahasa Gua-Lu dalam post lu?"
"Lu terpengaruh dengan KL Gangster ke?"

dan paling hareeeem:

"Lu Gangster ke?"
Jadi kat sini gua nak jelaskan....

Salam Aidilfitri dari Limkokwing. A very happy eid mubarak from Limkokwing

Sebagai seorang bekas pelajar di Universiti Limkokwing, gua sangat berbangga dengan produk berkualiti yang dihasilkan oleh rakan seperjuangan gua. Mereka berjaya menghasilkan video yang besar nilai komersialnya dan mampu memupuk nilai perpaduan yang sangat tinggi antara semua kaum yang datang hampir di setiap pelusuk dunia. Pengalaman gua sepanjang berada di Limkokwing adalah sesuatu yang sangat menakjubkan. :)

As an ex-student of Limkokwing University of Creative Technology, i am proud with my college mates because they are able to create a quality product. Being in Limkokwing is a unique experience. I have been able to meet people from every continent and this has been truly enlightening. Being in Limkokwing is one of the best things that could have ever happened to me. :)




Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin. 
A very happy eid mubarak to all Muslims

Teruskan menonton klip 1 minit 38 saat ni
The clip duration takes in about 1 minute and 38 seconds. 



BETUL KE SI FAZURA TU?

ISH..gua tak percaya jugak mula fasal benda ni..teruskan membaca...


BUKTI CCTV

225 TEKA TEKI (ANSWER INCLUDED)

sebenarnya gua takde idea nak taip apa, jadi gua pun google apa yang patut. Tiba-tiba gua terjumpa kesemua teka-teki ni. Gila banyak! Jadi gua rasa alang-alang di musim perayaan ni, budak-budak anak makcik lu orang pun ramai bertandang di rumah, apakata lu amik input supaya adalah jugak modal untuk lu layan budak-budak tu semua.haha. 




Gua ucapkan selamat berjaya dan beraya! :)


1. burung aper kaki dier kat kaki, sayap dier kat kaki, paruh dier kat kaki, mata dier pun kat kaki? 

2. KALO UNDERTAKER NAIK MOTOR,THE ROCK NAIK APA? 

3. ulat gonggok ader 100 kaki, tiap kali die belok kaki die tinggal 99.. Knape eh..?? 

4. Ade 10 burung hinggap atas satu dahan, pemburu tembak kene 2 ekor. Beraper burung yg tinggal ? 

5. Kenapa superman pakai baju ketat 

6. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk. Ape tu..?? 

7. Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai? 

Laman Web Paling kerap dikunjungi rakyat Malaysia.

gua harap semua info ni bermanfaat untuk lu orang semua. mane tau lu orang kena buat thesis ke, kene buat research ke..jadi gua sediakanlah untuk lu orang semua. jadi ape lu orang tunggu lagi? berterimalah kasih kat gua! haha


bukan setakat most visited websites gua carikan tapi gua jugak letakkan sekali senarai website yang kena ban dekat Malaysia. 


10 Laman Web Malaysia paling kerap dikunjungi:


1. Maybank2U
2. Mudah
3. The Star Online
4. Malaysiakini
5. Lowyat
6. Cari
7. Utusan Online
8. AirAsia
9. JobStreet
10. Berita Harian Online



Bacaan untuk 21 tahun dan keatas SAHAJA. bawah 21? lantak la lu nak baca ke tak.

untuk yang puasa penuh, gua ucapkan SELAMAT HARI RAYA.

untuk yang tak berapa nak penuh tu, gua ucapkan selamat ganti puasa. HAHA.

tajuk utama yang gua nak ketengahkan pada malam terakhir ramadhan edisi 2011 adalah,

"HATI-HATI pulang ke kampung halaman masing-masing sempena raya yang bakal menjelang tiba ESOK. PANDU CERMAT. INGATLAH ORANG TERSAYANG"

gua bukan apa, sebab kadang-kadang gua terfikir, musim perayaan yang sepatutnya kita sambut dengan mesra, hilai ketawa dan riang gembira sanak saudara TIBA TIBA bertukar sedih dan duka.

gua tau, lu orang ada sport car dan sport bike, tapi lu orang kena lah fikir fasal nyawa orang lain jugak. bukan setakat nyawa orang lain, tapi jugak nyawa lu serta KESEMUA perasaan kaum kerabat lu yang tunggu lu balik kampung tu. jadi janganlah bawak laju-laju, bawak biasa-biasa je dahlah. orang lain ada kereta canggih-canggih jugak tapi bawak relax je.




ni ha lagi satu, kalau jalan jem, jangan la guna lorong kecemasan. jangan lah cilok sana, cilok sini. kan buat orang menyumpah seranah lu.

kalau mengantuk? berhenti la sekejap dekat tepi jalan dan basuh muka pakai air mineral. kalau takde air mineral, hentian rehat kan banyak..

mari kita ambil 3 contoh ANDAI..

1. Lu eksiden, dan lu MATI atas kesilapan/kecuaian diri lu: Takkan fasal lu sorang mati, semua ahli keluarga dan sanak saudara lu nak kena bersedih? takkan fasal lu sorang mati, SEMUA kaum kerabat lu kena hukum sekali tak boleh karoake lagu raya SEMATA-MATA untuk bagi laluan penghormatan terakhir kat lu? INI TAK ADIL!

Last Friday Night Lyric - Katy Perry

Entah kenape, gua rasa lagu ni best. The melody is catchy and the lyric is like have two different meaning in a time. entah, gua main belasah je. okay lah guys, enjoy :)



There's a stranger in my bed,
There's a pounding in my head
Glitter all over the room
Pink flamingos in the pool
I smell like a minibar
DJ's passed out in the yard
Barbie's on the barbeque
This a hickey or a bruise

UNDANG-UNDANG PELIK DI DUNIA.

Actually i got this information since years ago, but i just wanna share with you guys.


eceh! bajet-bajet matsaleh pulak gua kan? haha! teruskan membaca...layann..


THAILAND :

* Dilarang keluar rumah tanpa memakai seluar dalam.


SWISS :

* Dilarang berkebun di hari minggu. 




HARINI GUA NAK KASI LU ORANG PECAH OTAK.HEHE

Lu orang fikirkan jawapan, nanti post lepas ni gua bagi jawapan. amacam, fair? haha :D




jom kita mulakan...

SATU Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk?


DUA  Banyak-banyak bas, bas apa yang pandai?



JANGAN SALAHKAN IBU YANG MENGANDUNG

Baru gua sedar rupanya sekeliling gua dan manusia sekalian alam, rupanya banyak benda yang pelik-pelik kan? jangan salahkan ibu yang mengandung. hahahahaha. enjoy! :D



kenapa dalam banyak2 nama, nama ni juga lu nak kasi? haha


Satu huruf membawa maksud dan pengertian yang sangat-sangat negatif

FAKTA MENARIK TENTANG KITA

Masa gua cari gambar untuk gua sumbatkan dalam post gua kali ni, gua rasa bersyukur sangat-sangat sebab Allah takdirkan gua jadi manusia, bukan burung kakak tua, bukan siput sedut dan bukan gajah. Cukup sempurna sifat kita sebagai hamba yang hina ini. lu orang tengok lah apa jenis info gua carikan untuk bahan bacaan lu orang harini. 




Mata wanita akan berkelip lebih dua kali ganda daripada lelaki.

SESI RAMAH MESRA. NAMA SAYA AYIT PITT.

gua tau lu orang nak lempang gua bace headline atas tu kan?lempang lah! lempang lah! haha.




okay, mari kita mulakan. :D




Salam sejahtera dan salam perkenalan.

Intro

salam perkenalan gua ucapkan kepada teman-teman, sahabat handai, rakan sekolah, rakan sekolej, rakan sekerja mahupun rakan-rakan yang sedang membaca hasil karutan yang ditaip oleh tangan gua dicetuskan oleh akal fikiran ciptaan Allah Yang Maha Esa. Alhamdulillah.

walaupun ini adalah posting pertama gua, tapi bukan bermakna gua baru dalam dunia blogging ni. gua mula berjinak dalam dunia blogging ni since 2008. takpun 2009. tapi rasa gua tahun 2008 lah sebab masa tu dunia blogging ni tak berapa nak top sangat, sebab masa tu zaman-zaman myspace. orang sibuk duk komen sana, duk komen sini, eh gua tak sangat. gua sibuk menaip. ape yang gua taip? haa, tu gua tak pasti. hehe

Jemput! Buat macam rumah sendiri..